ALBUMX HELP CENTER

Tutorial & Q&A

Video tutorial rasmi AlbumX untuk photographer, bersama Q&A dan panduan bertulis untuk belajar mengikut langkah.

VIDEO TUTORIAL
ALBUMX ACADEMY · VIDEO RASMI

Belajar AlbumX melalui video.

Tutorial rasmi untuk photographer. Pilih video di bawah, tonton terus di sini dan belajar design album dengan lebih mudah.

PAGES

AlbumX — Multiple Page View

AlbumX Official · 24 Okt 2026 · 1:35

Tonton terus di YouTube ↗

Memuatkan video rasmi AlbumX…

Langgan saluran AlbumX untuk video baharu ↗
START HERE

Dari folder foto ke album siap.

Ikut aliran kerja sebenar AlbumX: import, pilih saiz, susun page, letak foto, semak Smart Board, simpan projek dan export.

WORKFLOW v1.221.0Import → Select → DesignSmart Board → SaveReview → Export
APA YANG BERUBAH

Fungsi penting v1.221.0

Project .albxAlbumX Desktop kini menyimpan projek baru sebagai fail .albx. Fail lama .albumx dan .ppbook masih boleh dibuka untuk compatibility.
Page Size ber-kategoriPreset asal AlbumX kekal di atas, manakala Photobook, Printing, Social Media, Poster, Video dan kategori lain boleh dibuka/tutup.
Smart Board 2 ViewPilih Gallery Bottom atau Gallery Left. Panel kiri boleh dilaras lebarnya.
Smart Board Wheel ZoomMouse wheel di kawasan board digunakan untuk membesar atau mengecilkan view page.
Export lebih lengkapJPG, PNG atau PDF; 120, 240, 300 atau 350 DPI; current page atau semua page; watermark/copyright tersedia.
Official siteRujukan rasmi AlbumX berada di www.jurufoto.net.
LANGKAH DEMI LANGKAH

Cara guna AlbumX

01

New Project atau buka project sedia ada

Tekan New untuk projek baru. Pilih saiz awal dan unit ukuran, atau tekan Open untuk sambung projek. Pada Desktop v1.221.0, projek baru disimpan sebagai .albx.

02

Import foto dari PC atau Cloud Link

Untuk folder tempatan guna File → Import Photo → PC Folder. Untuk Google Photos atau Google Drive guna File → Import Photo → Cloud Link, paste shared link dan tekan IMPORT ALL PHOTOS. AlbumX cache gambar cloud secara lokal supaya ia muncul dalam Gallery/Smart Board dan boleh diedit seperti foto biasa. Shared album/folder mesti boleh dibuka melalui link.

03

Urus dan pilih gambar

Gunakan Photo Management, Star/Rating, Collection, Color Label, Sort dan filter format seperti All, RAW, JPG atau RAW+JPG. Tandakan gambar penting dahulu supaya proses design lebih cepat.

04

Pilih Page Size

Buka Page Size. Kategori ALBUMX DEFAULT sentiasa terbuka. Kategori lain boleh expand/collapse. Pilih preset photobook/printing atau gunakan Custom Size. Unit in, cm dan mm disokong.

05

Bina page dan layout

Tambah page melalui Page Control, pilih Template Zone, Random Fill, Exact Frame Count atau bina frame sendiri. Untuk album wedding, gunakan hero image besar pada page penting dan layout lebih padat untuk detail, akad atau family.

06

Masukkan dan laras foto dalam frame

Drag & drop foto ke frame atau gunakan gambar yang sudah dipilih. Klik frame untuk laras zoom, posisi, crop dan fit. Pastikan muka, tangan bersalaman, cincin, bouquet dan detail utama tidak terpotong.

07

Kemaskan design page

Laraskan Margin, Gutter, Centre Guide, Border, Shadow dan Frame Effects. Tambah Text, Canvas, Element atau Special Frame jika perlu. Gunakan kesan secara konsisten supaya album nampak kemas, bukan terlalu sarat.

08

Semak keseluruhan dalam Smart Board

Buka SMART BOARD untuk lihat flow album. VIEW 1 meletakkan Photo Gallery di bawah; VIEW 2 meletakkannya di kiri dengan panel menegak yang boleh dilaras. Mouse wheel membesar/mengecilkan view. Used Photos membantu semak gambar yang sudah digunakan. Split Frame memang dimatikan dalam Smart Board untuk elak perubahan struktur tanpa sengaja.

09

Save project dan sambung kemudian

Tekan Save atau Ctrl+S. Desktop v1.221.0 menggunakan .albx dan Auto Save menggunakan .autosave.albx. Jika folder gambar asal dipindah atau projek dibuka pada PC lain, AlbumX mungkin meminta anda relink folder asal.

10

Final Check dan Export

Semak page order, crop, gambar kosong, alignment, margin dan gambar berulang. Kemudian Export current page atau semua page ke JPG, PNG atau PDF. Untuk cetakan, 300 DPI ialah pilihan biasa; 120/240/350 DPI juga tersedia. Watermark/copyright boleh ditambah sebelum export.

KEYBOARD & MOUSE

Shortcut yang sepadan dengan v1.221.0

Ctrl + SSave project
Ctrl + ZUndo
Ctrl + Shift + ZRedo
Ctrl + YRedo alternatif
Ctrl + +Zoom page masuk
Ctrl + -Zoom page keluar
SHantar foto terpilih ke Page Photo Filmstrip
TabPusing/cycle pilihan frame
ArrowGerakkan posisi foto dalam frame terpilih
Shift + ↑/↓Zoom foto dalam frame terpilih
EscClear selection / batal mode aktif
Mouse WheelZoom view page dalam Smart Board
WORKFLOW WEDDING

Tips kerja lebih laju

Susun ikut ceritaOpening → preparation → nikah/akad → family → sanding → detail → outdoor → closing.
Pilih foto dahuluStar/rate gambar utama sebelum mula design supaya kurang ulang-alik.
Guna Page Photo FilmstripKumpul calon gambar untuk satu page sebelum mula susun frame.
Hero page jangan terlalu padatGunakan 1–2 gambar kuat untuk pembukaan atau moment utama.
Semak Used PhotosElakkan gambar sama digunakan terlalu banyak kecuali memang disengajakan.
Smart Board sebelum exportSemak flow keseluruhan, page yang terlalu padat dan page yang kosong.
Simpan .albx secara berkalaGunakan nama projek yang jelas seperti Aina_Hakim_Wedding.albx.
Export ikut tujuan300 DPI untuk cetakan biasa; output lebih ringan boleh digunakan untuk preview client.
Q&A

Soalan lazim

Kenapa gambar tak masuk ke frame?

Pastikan frame atau slot tujuan sudah aktif. Cuba drag gambar terus ke frame, atau pilih gambar dan gunakan workflow Photo Filmstrip. Jika page kosong, bina frame/layout dahulu.

Apa beza .albx dengan .albumx?

AlbumX Desktop v1.221.0 menggunakan .albx untuk projek baru. Fail lama .albumx dan .ppbook masih disokong untuk dibuka. Web Editor mungkin masih menggunakan fail projek portable .albumx sehingga release web seterusnya diselaraskan.

Kenapa gambar hilang selepas pindah folder atau PC?

Project menyimpan rujukan kepada gambar asal. Jika folder dipindah, nama fail berubah atau drive berbeza, pilih semula folder asal untuk relink gambar.

Boleh guna saiz selain saiz album biasa?

Boleh. Page Size kini ada kategori Photobook, Printing, ISO Paper, Cards, Passport, Poster, Social Media, Web/Display Ads, Video/Screen dan Custom Size.

Kenapa Split Frame tak berfungsi dalam Smart Board?

Ia sengaja dimatikan. Smart Board digunakan untuk review, susun flow dan monitoring. Edit struktur frame dibuat di Main Editor supaya page tidak berubah tanpa sengaja.

Apa fungsi VIEW 1 dan VIEW 2 dalam Smart Board?

VIEW 1 meletakkan Photo Gallery di bawah. VIEW 2 meletakkan Photo Gallery di kiri. Dalam VIEW 2, sempadan panel boleh drag untuk ubah lebar.

RAW/CR3 boleh digunakan?

Desktop mempunyai pipeline RAW/CR3 untuk preview/develop tertentu. Web Editor tidak mempunyai semua komponen native desktop, jadi fungsi RAW penuh boleh berbeza antara Desktop dan Web.

Format export apa yang ada?

JPG, PNG dan PDF. Anda boleh pilih current page atau semua page, DPI 120/240/300/350, page size atau custom size, dan tambah watermark/copyright.