Privasi yang jelas,
bukan ayat kabur.
AlbumX memerlukan beberapa data untuk login, lesen, pembayaran dan keselamatan trial. Projek album dan foto kerja anda kekal pada komputer anda kecuali apabila anda sendiri menggunakan fungsi cloud atau memilih untuk menghantar screenshot dalam laporan masalah.
Updated: 1 October 2026Ringkasan paling penting
- AlbumX menggunakan akaun Google untuk identiti dan lesen.
- Identifier hardware diproses pada app dan dihantar sebagai fingerprint yang telah di-hash untuk device/trial enforcement.
- AlbumX tidak memerlukan nama fail atau kandungan foto untuk telemetry produk.
- Screenshot bug report hanya dihantar apabila anda sendiri menandakan pilihan “Include screenshot”.
- Maklumat pembayaran sensitif seperti kata laluan bank tidak dikendalikan oleh AlbumX; checkout pembayaran berlaku melalui ToyyibPay.
Data yang digunakan oleh AlbumX
Akaun Google
Apabila anda login, AlbumX menerima maklumat profil asas yang dibenarkan oleh Google seperti ID akaun, nama, email dan gambar profil. Ia digunakan untuk mengaitkan lesen, payment, device dan access kepada akaun yang betul.
Device & trial protection
Untuk mengelakkan satu pengguna mengulang trial percuma dengan banyak akaun Google, aplikasi Windows membina fingerprint daripada beberapa identifier sistem yang tersedia seperti MachineGuid, system product UUID, BIOS serial dan baseboard serial. Nilai tersebut digabung dan di-hash pada peranti sebelum dihantar untuk semakan server. Server menyimpan fingerprint hash dan sejarah claim trial/device, bukan foto anda.
Payment
AlbumX menyimpan rekod yang diperlukan untuk mengenal pasti pelan, jumlah, status payment, reference dan tempoh lesen. Payment checkout dikendalikan melalui ToyyibPay. AlbumX tidak meminta atau menyimpan kata laluan perbankan internet anda.
Foto, projek & cloud
Foto tempatan dan fail projek .albx diproses pada komputer anda. AlbumX tidak memuat naik keseluruhan folder foto ke server licensing. Jika anda memilih fungsi Google Drive, Google Photos atau cloud import, data yang anda pilih akan diproses mengikut fungsi tersebut untuk melengkapkan import.
Crash Recovery dan checkpoint disimpan secara lokal pada komputer untuk membantu memulihkan kerja yang belum sempat disimpan.
Telemetry produk
AlbumX boleh menghantar event produk yang minimum seperti app_started, onboarding_completed atau export_completed. Event ini bertujuan memahami sama ada workflow berfungsi dan bahagian mana yang memerlukan penambahbaikan.
Telemetry direka supaya tidak menghantar nama pelanggan, nama fail foto, kandungan gambar atau teks album. Metadata event dihadkan kepada nilai ringkas seperti format export atau kategori bilangan page.
Website funnel & Founding Photographer
Untuk memahami bahagian website yang membantu pengguna, jurufoto.net merekod event ringkas seperti homepage dilihat, sample album dibuka, pricing dilihat atau butang trial diklik. Event ini tidak memerlukan nama foto atau kandungan project.
Jika anda sendiri menghantar borang Founding Photographer, maklumat yang anda masukkan seperti nama, email atau telefon, negeri, jenis kerja dan mesej akan disimpan untuk tujuan menilai dan menghubungi permohonan tersebut.
Bug report
Apabila anda memilih “Report a Problem”, laporan boleh mengandungi versi AlbumX, versi platform, kategori masalah, penerangan anda dan potongan log teknikal. Screenshot adalah pilihan. Jika anda tidak menandakan “Include screenshot”, paparan AlbumX tidak dihantar bersama laporan.
Laporan sokongan dikaitkan dengan akaun supaya admin boleh mengenal pasti pelanggan yang memerlukan bantuan dan menandakan laporan sebagai reviewing atau resolved.
Keselamatan & penyimpanan
Session, token dan data licensing digunakan untuk mengawal akses. AlbumX menggunakan server-side validation, device limits dan audit activity untuk mengesan penyalahgunaan trial/lesen. Rekod operasi disimpan setakat yang diperlukan untuk menjalankan akaun, licensing, security, payment, support dan penyelenggaraan sistem.
Tiada sistem boleh dianggap kebal sepenuhnya. AlbumX menggunakan lapisan keselamatan yang munasabah dan akan terus menerima security updates.
Pilihan anda
- Anda boleh logout akaun dan revoke semua session melalui halaman langganan.
- Anda boleh remove device lama daripada slot lesen tanpa memadam sejarah trial.
- Anda boleh memilih sama ada mahu menyertakan screenshot semasa menghantar bug report.
- Untuk pertanyaan berkaitan akaun atau data, hubungi AlbumX melalui jurufoto.net.